Cik Eton
DROPSHIP
01 April 2015 • 3:32 PM • 0 comments


Assalamualaikum all of blogging !

Yes sekian lama sudah cik eton tidak mengupdate post. hari ini cik eton taknak membuang masa lagi. Ada something yang cik eton nak share dengan anda. 

Well as a student, dengan adanya GST lagi dalam negara Malaysia ini, of course semua orang rasa kesempitan pendapatan memandangkan barangan asas pun ada yang naik harga. cik eton just nak share about dropship. suatu pendapatan yang boleh dijana dengan mudah. Actually cik eton pun baru je lagi cebur dalam program dropship ni. Lets talk about it.


DROPSHIP


Sekarang ini sesiapa sahaja pernah dengar tentang informasi dropship. Apa itu? mungkin anda tertanya-tanya bagaimana perniagaan dropship itu dijalankan dan mudah ke? 

Mungkin agak janggal bagi mereka yang belum mengetahuinya lagi apakah itu kaedah dropship. Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.

TANPA MODAL

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti mahu bisness yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan?  Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya.


KAEDAH DROPSHIP


Dropship adalah memerlukan anda mempromote barang tersebut di laman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?







Anda lihat gambar diatas bagaimana kaedah dropship :

1. Promot produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)

2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda

3. Pembeli bayar anda dengan harga pasaran

4. Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.

5.  Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.

MUDAH BUKAN ? 

anda tidak akan kerugian satu sen pun. malah keuntungan yang dapat mampu mencecah beribu ribu jika dilakukan dengan kesungguhan. Well, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Well nantikan produk-produk yang bakal cik eton paparkan. semestinya dengan harga yang sangat mampu milik.

GOOD LUCK to me !


Author


Assalamualaikum. Aiesahtun Mardiyah. Welcome to My Paradise. For order whatsapp 0146226207. Please be nice here thank you. Facebook | Twitter


Profile
Stuff
Rewind



Lets Talk